Friday 2 December 2011

Dunia Literasi Ku dalam LINUS....

Definisi  Literasi
Definisi asas  literasi  adalah  " kebolehan  untuk  membaca  ,  menulis  dan  memahami  perkataan,ayat  tunggal  dan ayat  majmuk  yang mudah  dengan  menggunakan  kata  hubung "  dan  "  serta  mengaplikasikan pengetahuan tersebut  dalam  pembelajaran  serta  komunikasi harian.
Konsep literasi pada zaman kontemporari ini tidak terhad hanya kepada konsep 3 M (menulis, membaca dan mengira). Makna dan  dimensi literasi telah menyelinap dalam konteks yang luas seperti literasi budaya, literasi IT, literasi moral, literasi undangundang dan literasi kreatif. Menurut Abd. Rahim (1999); “Dimensi baru literasi  dalam  pelbagai dimensi keilmuan untuk menitiskan perubahan, membina wawasan, membentuk idealisma hidup individu dan masyarakat. Literasi dalam konteks ini mengangkat martabat manusia, menghapuskan kejahilan, membanteras kemungkaran dan memerangi kemunduran dan membelenggu perkembangan dunia sosial individu dan sesuatu bangsa” .

No comments:

Post a Comment